Monday, May 6, 2013

Assalamualaikum....semua
                                     
                   Hye semua...hari ini saye ingin sampaikan beberapa maklumat tentang pendatang asing yang
           sudah membanjiri negara kite kini.....?Adakah mereka semua membawa kebaikan atau 
           sebaliknya?Jom lihat blog saye.....................              
                                   

                   Ekonomi Malaysia kebelakangan ini berkembang dengan pesat.Projek pernbangunan raksasa
          berjalan lancar.Sebagai hasilnya,wujudlah peluang pekerjaan yang meluas dan timbul masalah 
          kekurangan tenaga kerja.Jadi,Malaysia kini menjadi tumpuan pendatang asing yang ingin mencari 
          rezeki yang lumayan.Namun kemasukkan pendatang asing tanpa izin yang banyak telah menimbulkan
          pelbagai masalah......

                   Masalah utama yang di hadapi oleh kerajaan ialah kesulitan untuk kemasukan membanteras
         pendatang asing tanpa izin ini.Pihak polis,tentera dan jabatan imigresen terpaksa berkerja keras untuk
         memberkas mereka.Mereka ditahan dan ditempatkan di kem tahanan sementara.Kedutaan asing pula
         kurang berkerjasama.Kedutaan asing enggan mengeluarkan dokumen perjalanan sementara kepada
         rakyatnya supaya mereka dapat dihantar balik.Kedutaan asing juga enggan membiayai kos
        perhantaran pulang..Hal inimenyebabkan banyak tenaga,wang,dan masa kerajaan terbazir dalam
        usaha mencegah kemasukan pendatang asing tanpa izin.....
       
Jumlah kedatangan pendatang asing ke Malaysia.
          Keselamatan sosial kita juga terancam.Ada antara pendatang asing tanpa izin ini merupakan
       penjenayah yang dikehendaki oleh pihak berkuasa di negara asal mereka.Mereka melarikan diri ke
       Malaysia supaya terlepas serbuan pihak berkuasa negara asal mereka.Malangnya,mereka terus
       melakukan jenayah di serata pelusuk Malaysia.Kes-kes rompakan,pembunuhan,rogol,sering berlaku.
       Mangsa akan menanggung trauma sepanjang masa.Malahan sesetengah taman perubatan dimasuki
       pencuri setiap malam untuk satu tempoh yang panjang.Hal ini menyebabkan penduduk tempatan hidup
       dalam ketakutan.Kes-kes penjenayah warga indonesia ditembak mati dalam serbuan polis bukanlah
       kes yang luar biasa lagi.Malah tentera kita terpaksa dikerah ke semporna,sabah untuk menhadapi lanun
       Filipina yang mengunakan senjata yang canggih untuk melakukan rompakan pada siang hari.
           Penyakit-penyakit berbahaya juga akan merebak dengan meluas.Buruh asing yang sah akan
       dikenakan pemeriksaan kesihatan di hospital kerajaan.Sebaliknya,pendatang asing tanpa izin tidak
       berbuat demikian kerana takut ditahan oleh pihak yang bertanggungjawab atau takut diperlakukan
       secara fizikal.Banyak di kalangan mereka yang datang dari kawasan mundur di negara asal,jadi
       kesihatan mereka kurang terjamin.Ada di antara mereka yang menhidap AIDS,TIBI penyakit
       KELAMIN dan sebagainya.Akibatnya,rakyat kita menjadi mangsa keadaan.Statistik menunjukkan
       bilangan rakyat kita telah menghidap TIBI.Banyak pendatang asing juga membawa pelbagai penyakit
       dan telah disahkan sebagai pembawa kuman HIV,dan HEPATITIS.Hubungan mereka secara seksual
       dengan pelacur tempatan akan mempercepatkan jangkitan AIDS merebak.
Pelacur warga asing yang telah diberkas
              

                                                                                   Penyakit yang kian meningkat di Malaysia.

         Kedatangan pendatang asing,khususnya yang tanpa izin,juga mendatangkan masalah perumahan.Mereka mendirikan rumah secara haram dan tidak memikirkan tentang        masalah orang lain.Sesetengah kumpulan pendatang asing ini pula membuka kawasan hutan sebagai kawasan perumahan mereka.Kawasan setinggan ini tidak teratur dan kekurangan kemudahan asas,seperti sistem pembuangan sampah dan sistem pembuangan sisa air  kumbahan.Oleh itu,pencemaran alam sekitar akan tercemar dan kotor.Selain itu,pembangunan negara pada masa akan datang juga terbantut akibat kemunculan setinggan ini.Namun itu,imej negara akan terjejas kerana ini mengambarkan kelemahan pentadbiran negara serta pengagihan ekonomi yang tidak seimbang.
Rumah warga asing  
Rumah setinggan warga asing.

           Hak rakyat kita juga sedikit terjejas.Pihak majikan lebih menyukai untuk mengupah
     pendatang asing tanpa izin dalam sektor peladangan,pembinaan,dan pembantu rumah 
     kerana gaji  mereka lebih murah berbanding orang tempatan.Hal ini pasti menjejaskan 
     peluang pekerjaan rakyat kita,sesungguh bukan semua rakyat tempatan tidak berminat
     dalam bidang pekerjaan ini.Selain itu,banyak diantara mereka melibatkan diri dalam 
     aktiviti perniagaan,misalnya membuka gerai makanan,menjual barang kemas,lampu 
     hiasan,batik dan sebagainya.Malah di antara mereka yang kaya-raya,berumah besar 
     tanpa membayar cukai pendapatan.Pada ketika nilai wang kita jatuh dengan teruknya,
     peluang pekerjaan warga tempatan semakin sempit.Hal ini memang tidak adil kepada 
     rakyat kita sama sekali.
Mat bangla sedang berkerja dibumi kita.
warga asing berkerja dibumi kita.


Kesimpulanya


          Samemangnya Malaysia memerlukan tenaga kerja asing  dalam membangunkan negara.Kemasukkan pendatang asing dapat membawa kebaikan kepada negara kita dan pada masa yang sama juga akan menimbulkan banyak masalah dalam kehidupan dan keamanan negara kita.Oleh itu kerajaan harus mengambil  langkah-langkah dengan mengawal pengambilan tenaga kerja asing secara ketat untuk menghalang kemasukkan pendatang asing tanpa izin.Sekiranya,langkah-langkah tertentu tidak dapat diambil dengan secepat mungkin,masalah-masalah ini akan menimbulkan pelbagai amplikasi negatif terhadap pembangunan,ekonomi,sosial,politik dan kententeraman negara.Justeru itu,kerajaan perlu melaksanakan supaya kedatangan pendatang asing tanpa izin boleh dibanteras dan dihapuskan.


  -SLOGAN-             
(BEBASKAN NEGARA MALAYSIA DARI PENDATANG ASING)...
                                                  AMIN...........................